Diextract dari Kuliyah Maghrib oleh Ustaz Arif Nazri di UIA Kuantan. Ada antara hadith2 aku letak sendiri.
1) Kesalahan Berpakaian
- Syarat sah solat mestilah tutup aurat. Pakaian mestilah menutup badan. Pakai seluar yang ketat atau tuck in baju masa solat, boleh ke? Apabila rukuk atau sujud masih menampakkan bentuk2 badan, jadi masih dikira tidak menutup aurat.
-Memakai jaket tapi tangan xkeluar (menutup tangan), tutup muka dengan purdah etc.
-Solat dalam keadaan menyinsing lengan atau seluar atau menyingkap rambut ketika sujud.
“Aku diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota sujud. Aku tidak menyinsing rambutku dan lengan2 bajuku.” (HR Bukhari dan Muslim)
-Solat dengan pakaian yang bergambar.
“Kembalikanlah baju woolku ini kepada Abu Jahm dan tukarkanlah dengan baju tebal yang tidak bergambar dari Abu Jahm kerana baju ini mengganggu solatku.” (Dalam riwayat lain disebutkan, “Dalam solat aku melihat gambar tersebut dan hampir saja merosakkan kekhusyukanku.”) [HR Bukhari, Muslim dan Malik]
-Solat dengan keadaan kepala tidak ditutup tapi solatnya sah.
2) Kesalahan Dari Segi Tempat Solat
-Sujud atas batu karbala. (ni bagi Syiah)
-Sujud di tempat yang ada gambar atau corak2.
-Solat di atas kubur atau menuju ke arah kubur.
“Janganlah kamu solat menghadap kubur dah jangan pula duduk di atasnya.”
-Mengkhususkan tempat khas solat dalam masjid.
-Tidak mengadakan sutrah. (pembatas)
“Janganlah kamu solat tanpa memasang sutrah dan janganlah engkau membiarkan seseorang lalu di hadapan engkau (tanpa engkau cegah). Jika dia memaksa terus lalu di depanmu, lawanlah dia kerana ditemani oleh syaitan.” (HR Khuzaimah)
-Serong atau seleweng dari kiblat. Tapi kalau tak tahu arah kiblat, sah solat ikut ijtihad masing2.
“Kami pernah bersama Rasulullah SAW dalam suatu perjalanan atau dalam suatu pasukan tempur dan kami dilitupi awan gelap. Kami masing2 memilih arah kiblat, sehingga arah kiblat kami\ berbeza. Seorang di antara kami membuat garisan di hadapannya supaya tahu ke arah mana kami ketika solat. Ketika tiba waktu pagi kami melihat garis yang dibuat semalam. Ternyata kami solat tidak menghadap kiblat. Kejadian ini kami sampaikan kepada Nabi SAW. (beliau tidak menyuruh kami mengulang solat), bahkan sabdanya, “solat kalian sudah benar.” (HR Daraquthni)
3) Kesalahan Dalam Solat
-Melafazkan niat dengan jahr sehingga mengganggu solat jemaah lain.
“Bila engkau berdiri untuk solat, sempurnakanlah wudhu’mu. Kemudian menghadaplah ke kiblat lalu bertakbirlah.” (HR Bukhari, Muslim dan Siraj)
-Membaca bacaan solat dalam hati. Tidak membaca dengan menggerakan mulutnya.
-Meninggalkan mengangkat tangan ketika takbiratul ihram, ketika hendak rukuk dan ketika bangun dari rakaat kedua selepas tahiyat awal.
“Beliau mengangkat kedua tangannya dengan membuka jari-jarinya lurus ke atas (tidak merenggangkannya dan tidak pula menggenggammya) (HR Abu Dawud, Ibnu Kuzaimah, Tamam dan Hakim)
-Solat dengan tidak meletakkan tangan di atas dada atau meletakkan tangan di atas pusat. (Dalam solat, tidak ada penempatan berpusat mahupun berjajar, kata Ust Arif, hehe)
“Beliau meletakkan kedua tangannya (bersedekap) di dada.” (HR Abu Dawud, Ibnu Khazimah, Ahmad dan Abu Syekh)
-Meninggalkan membaca doa iftitah.
“Tidak sempurna solat seseorang sebelum ia bertakbir, memuji Allah, menyanjungNya, dan membaca ayat2 al Quran yang dihafalnya…” (HR Abu Dawud dan Hakim)
-Meninggalkan membaca istia’zah.
-Mengulang2 membaca Fatihah untuk membetulkan tajwid atau sebutan.
-Mengangkat pandangan ke atas langit dan menutup mata untuk mendatangkan khusyuk. (Nabi perintahkan kita untuk melihat tempat sujud)
“Beliau melarang (seseorang solat) menengadah ke langit.” (HR Bukhari dan Abu Dawud)
-Sentiasa berqunut tetapi meninggalkan qunut nazilah.
-Ketika sujud:
1) Tidak meletakkan kesemua 7 anggota sujud di atas lantai. (7 anggota sujud: dua tapak tangan, dua lutut, dua tapak kaki, dahi dan hidung.)
“Bila seseorang sujud, hendaklah menyertakan tujuh anggota badannya, iaitu wajahnya, kedua tapak tangannya, kedua lututnya dan kedua kakinya.” (HR Muslim, Abu ‘Awanah dan Ibnu Hibban)
2) Sujud seperti anjing iaitu meletakkan keseluruhan tangan di atas lantai.
“Sujudlah kamu dengan lurus dan janganlah seseorang di antara kamu membentangkan kedua lengannya (di lantai) seperti anjing membentangkan (kedua kaki di depannya). (HR Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)
3) Sujud dengan keadaan kaki terbuka. (Bila sujud kena rapatkan kaki)
4) Membaca “subhana malla yana muwala yashu” ketika sujud sahwi. Bacaan ni dalam mana2 hadith pun tak dak baik dhaif atau maudhu’. Ia merupakan rekaan dan tidak ada asal. Kita boleh baca bacaan yang sama ketika sujud untuk sujud sahwi.
-Tidak membaca tasyahhud awal.
-Penambahan lafaz saiyyidina ketika tasyahhud
-Mengangkat jari ketika menyebut ashhadu allah ilaha illahlah. Sepatutnya kena angkat jari dari awal tasyahhud.
-Ketika memberi salam, tak perlu berehat seketika. Terus berpaling sebelah kanan dan bagi salam kemudian berpaling ke sebelah kiri dan bagi salam.
-Berzikir beramai2.
Sesi Soal Jawab
1) Apakah kita tak boleh berzikir selepas selesai solat? Apakah doa yang sunnah selepas solat?
Selepas solat memang thabit dari Nabi untuk berzikir. Cuma bentuk berzikir secara beramai2 dengan mengangkat suara itu yang tidak mengikut sunnah. Solat itu sendiri adalah doa. Jadi, untuk mengkhususkan doa setiap kali selesai solat adalah tidak mengikut sunnah. Sewajarnya kita memanjangkan doa sebelum memberi salam dalam solat atau ketika bersujud.
“Orang yang paling hampir dengan Tuhannya ialah ketika dia sujud, maka perbanyakkanlah berdoa ketika sujud.” (HR Muslim, Abu ‘Awanah dan Baihaqi)
“Apabila seseorang dari kamu selesai membaca tasyahhud akhir, hendaklah dia memohon perlindungan kepada empat perkara iaitu: Ya Allah! Aku berlindung kepadaMu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal. Selanjutnya hendaklah dia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai dengan kepentingannya.” (HR Muslim, Abu ‘Awanah, Nasaii)
2) Masalah rambut disingkap ketika sujud
“Aku diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota sujud. Aku tidak menyinsing rambutku dan lengan2 bajuku.” (HR Bukhari dan Muslim)
Maknanya perbuatan menyinsing rambut atau lengan ketika sujud adalah ditegah.
3) Bila kita nak baca fatihah masa berjemaah?
Jumhur ulama’ cakap makmum kena baca fatihah regardless imam baca jahr atau sirr. “Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca fatihah.” (HR Bukhari, Muslim, Abu ‘Awanah dan Baihaqi)
Tapi, ada hadith lain yang Nabi terganggu dengan bacaan sorang makmum.
“ Adakah sesorang di antara kalian tadi membaca al-Quran bersamaan dengan aku membaca?” Seseorang menjawab: “Ya, saya wahai Rasulullah.” Sabdanya, “Aku katakan kepadamu mengapa aku diganggu (sehingga bacaan aku terganggu)?” Abu Hurairah berkata, “Kemudian para sahabat berhenti membaca al-Quran bersama Rasulullah apabila Rasulullah membaca dengan suara kuat dan mereka mendengar bacaan itu.” (HR Malik, Humaidi, Bukhari, Abu Dawud, Ahmad)
“Barangsiapa solat mengikut imam, maka bacaan imam telah menjadi bacaanya juga.” (HR Ibnu Syaibah, Daraquthni, Ibnu Majah)
Kesimpulannya, boleh pegang mana2 pendapat. Tapi yang rajih, kalau imam baca jahr, kita dengar bacaan dia. Tapi klu imam sirr kita baca sendiri fatihah.
4) Isbal berdosa, menyingsing pun berdosa, macam mana tu ustaz?
Pertama, kita buat seluar yang memang tidak melebihi buku lali. Tapi in case kalau seluar itu mmg dah labuh, maka boleh kita lipat kerana dosa isbal lebih besar. Yang penting, balik rumah gunting seluar tu sampai atas buku lali.
5) Sapu khuf atau stokin? Tapi ustaz nanti nampak kulit boleh ke?
Boleh sapu atas khuf apabila nak mengulang wudhu’. Basahkan tangan dan sapu dengan penuh kasih sayang, bukan amik air simbah atas khuf tu. Nanti basah carpet masjid, marah plak AJK masjid. Jadi xdak masalah nampak kulit. (huhu, Ust Arif ni..)
6) Solat lelaki sama dengan wanita ke?
“Solatlah kamu sekalian seperti kalian melihat aku bersolat.” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Hadith itu meliputi solat lelaki dan wanita.
“Dalam solat wanita melakukannya sama seperti yang dilakukan oleh lelaki.” (HR Ibnu Abi Syaiah 1/75/2, dengan sanad sahih)
Hadith yang menyebutkan bahawa sujud wanita harus menyempitkan tangannya ke dada sehingga berbeza dengan lelaki adalah hadith mursal dan tidak boleh dijadikan hujjah.
Allahua’lam.